Terdapat berbagai amalan bagi menjaga kesihatan tenaga batin yang elok diamalkan oleh lelaki terutamanya yang mahu berumahtangga. Antara amalannya dirangkumkan di bawah ini dan dinamakan Panji Teruna. Bagi lelaki yang normal ada dua masalah yang mungkin terjadi apabila jimak iaitu:
(A) Zakar tidak cukup ketegangannya atau Disfungsi Erektil
Akibat tidak menjaga makan, tidak berpantang dan tidak melakukan senaman. Zakar yang lembik mungkin tidak dapat menusuk ke faraj, tidak mampu untuk memuaskan isteri dan mungkin akan memancutkan mani sebelum tiba masanya.
(B) Pancutan mani sebelum masanya atau Ejakulasi Pramatang.
Gejala terjadi dari rasa sensitif yang melebihi normal pada saraf-saraf kelamin atau nafsu jimak yang tinggi dan tidak mampu mengawalnya. Rasa ngilu yang berlebihan itu terjadi apabila lelaki banyak makan makanan sejuk.
Nafsu jimak yang tinggi terjadi bila terlalu banyak makan makanan yang panas. Cara paling baik untuk mengatasi dua ekstrem ini ialah dengan latihan fizikal dan jika di Barat menerusi konsultasi psikologi. Ini bermakna, lelaki teruna bukanlah semestinya tahan dalam jimak malah kemungkinan berlakunya pancutan mani sebelum masa adalah lebih besar.
Ini mungkin timbul dari dua faktor penting bagi teruna iaitu rasa ghairah yang tinggi yang sukar dikawal kerana ‘barang yang haram menjadi halal’ dan juga kerana kurang pengahuuan yang mengakibatkan sukar bagi menyesuaikan tempo jimak, rangsangan jimak, posisi jimak, masa jimak serta kawalan psikologi untuk mendatangkan hasil yang dihajatkan.
Gejala zakar lembik mungkin terjadi pada semua peringkat umur. Ia paling mudah terjadi di kalangan lelaki yang suka memakan makanan sejuk dan berat badan melebihi normal. Bagi lelaki lain ia mungkin bersebab dari kurang senaman dan cara tidur malam yang tidak betul. Kes yang lebih gawat dari itu ialah tulang belakang yang terhentak atau saraf tunjang yang tersekat, menyebabkan saraf penegangan zakar tidak berfungsi penuh.
Aspek-aspek psikologi sebagai ubat tidak dibincangkan secara amat terperinci di Timur, tidak seperti di Barat. Kaedah rawatan di Timur lebih banyak menekankan aspek fizikal. Aspek psikologi banyak dibincangkan di Barat mungkin kerana di sana ramai manusia mengalami tekanan jiwa kehidupan metropolitan dan rasa marah atau benci atau cemburu kepada pasangan kerap berlaku kerana gejala kebebasan seks.
Di Timur pada masa dahulu, perkara ini jarang berlaku. Namun satu perkara perlu diingat iaitu ‘percaya bahawa anda boleh menjayakannya maka anda boleh melakukannya dengan izin Allah’. Keyakinan dapat mengubati kelemahan yang ada. Disamping usaha-usaha fizikal yang dicatatkan maka paling baik agar berdoa kepada Allah agar dikurniakan kekuatan dan ketahanan.
Disenaraikan berikut ini 10 petua Melayu lama mengenai cara menjaga kesihatan tenaga batin. Kebanyakannya adalah berkaitan dengan Ilmu Tabib dan sedikit-sedikit mempunyai pengaruh Islam:
PETUA-PETUA MELAYU.
1. Mengurut Zakar
Bila bangun pagi sebelum buang air kecil, sebaiknya semasa zakar masih tegang, ambil air liur basi dari langit-langit menggunakan ibu jari yang kanan. Kemudian selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w. tiga kali berturut-turut. Bawa perut ibu jari itu ke kepala zakar lalu urut sekali lalu dari kepala zakar meughala ke lubang kencing. Gerakan ini membantu menyegarkan kepala zakar dan agar tidak mudah ngilu ketika jimak.
2. Menajamkan Zakar
Biji zakar yang keras akan menambah nikmat kepada isteri dan menegangkan zakar serta melambatkan pancutan mani. Untuk itu, zakar harus ditajamkan untuk mengeluarkan Biji zakar hingga dirasakan ia menonjol ke hujung kepala zakar apabila zakar tegang. Cara menajamkannya ialah apabila bangun tidur. duduk dan temukan kedua-dua tapak kaki. Sebaiknya zakar masih tegang semasa melakukan latihan ini. Tarik nafas dalam-dalam sambil menekan kedua-dua lutut dengan tapak tangan. Cuba tekan lutut itu hingga jejak ke lantai tapi jangan dipaksa. Pada masa itu, kendalikan otot zakar (otot-otot pengemut kencing) dengan mengemutkannya. Jika zakar masih tegang maka pastikan bahawa kepala zakar menjadi besar dan berkilat apabila otot itu dikemutkan. Cara kedudukan semasa melakukan ini ditunjukkan di dalam Senaman Harimau langkah yang kedua.
Apa itu Biji Zakar? Satu lagi komponen pada zakar anda yang tidak banyak diketahui umum ialah Biji Zakar. Ia tidak boleh dilihat dengan mata kasar tetapi anda boleh merasainya setelah selalu membuat senaman tenaga batin. Ia dapat dirasai menonjol di hujung zakar anda di sebelah atas lubang kencing itu.
3. Mengesatkan Kepala Zakar
Praktik ini bertujuan untuk mengurangkan sensitiviti pada kepala zakar dan memberi latihan kepada saraf-saraf yang berhubung dengannya agar biasa dengan rasa kengiluan yang tinggi. Rasa ngilu adalah antara sebab mengapa mani terpancut lebih awal. Kepala zakar yang lebih kesat juga akan menambahkan kelazatan kepada isteri. Caranya ialah, mulakan dengan duduk seperti mahu bersila tetapi kedua tapak kaki ditemukan.
Tangan kiri memegang kaki kiri dan tangan kanan memegang batang zakar (paling baik ialah bila zakar tegang di waktu pagi). Tarik nafas, kemutkan otot zakar, dekatkan kaki kiri ke kepala zakar dan geselkan telapak kaki ke kepala zakar ke arah lubang kencing, satu hala saja. Ulangilah hingga 3 kali geselan. Boleh juga diulangi hingga terasa ngilu barulah berhenti.